Saturday, October 29, 2011

KEPENTINGAN KHUSYUK

Hamka, dalam Tafsir al-Azhar berkata,

"Sembahyang yang akan menjadi benteng daripada perbuatan keji seperti berzina, merompak, merugikan orang lain, berdusta, menipu dan segala perbuatan mungkar.. ialah sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk, dengan ingatan bahawa maksud sembahyang ialah melatih diri agar selalu zikir, iaitu selalu ingat kepada Allah". Berkaitan dengan ini, Ibn Kathir meriwayatkan kenyataan Imam Abu al-Aliyah yang berkata, "Solat mempunyai tiga keistimewaan, dan jika tidak ada ketiga-tiga ini di dalam sesuatu solat, solat itu dianggap tidak berfaedah sama sekali. Keistimewaan-keistimewaan itu ialah ikhlas, khusyuk dan zikrullah".

(Petikan ringkas buku Dr Danial Zainal Abidin)




Sent via Maxis for BlackBerry® PlayBook™ tablet