Dari Jubir bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: ' Kunci Syurga ialah sembahyang dan kunci sembahyang ialah wudhu' (HR Musnad Ahmad)
Sent via my BlackBerry® PlayBook from Maxis
Tuesday, May 31, 2011
Sunday, May 29, 2011
Tuesday, May 24, 2011
Wednesday, May 18, 2011
Benarkah Solat Mencegah Seseorang Daripada Kemungkaran. Mengapa Masih Bertemu Orang Yang Bersolat Tetapi Keji?
Memang benar, solat menguatkan jiwa seseorang sehingga memampukannya meninggalkan kekejian dan kemungkaran. Sehubungan dengan ini, dalam surah al-Ankabut ayat 45, Allah berfirman, "Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (zikrulah) adalah lebih besar. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan".
Solat yang mampu memberikan kesan positif seperti yang disebutkan dalam ayat ini ialah solat yang dilakukan secara yang betul. Salah satu aspek yang perlu ada pada solat itu ialah zikrullah. Berhubung dengan ayat ini dalam Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "Solat perlu mencakupi aspek zikrullah dan inilah tujuan yang paling besar". Hal ini diperkukuhkan berpandukan ayat 14 surah Taha yang bermaksud, "Dan tegakkanlah solat untuk berzikir kepada-Ku".
Justeru, solat yang alpa, yang kosong daripada zikrullah, yang tidak memberi tumpuan untuk mengingati Allah sepenuhnya, tidak akan mampu membentuk karakter seseorang. Imam Ahmad meriwayatkan, seorang lelaki datang menemui Nabi dan berkata, "Si pulan melakukan solat malam, namun pada keesokan harinya dia mencuri". Nabi menjawab, "Sesungguhnya solat itu (jika dilakukan dengan betul) akan mencegahnya daripada mungkar yang kamu sebutkan".
Hamka, dalam Tafsir al-Azhar berkata, "Sembahyang yang akan menjadi benteng daripada perbuatan keji seperti berzina, merompak, merugikan orang lain, berdusta, menipu dan segala perbuatan mungkar.. ialah sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk, dengan ingatan bahawa maksud sembahyang ialah melatih diri agar selalu zikir, iaitu selalu ingat kepada Allah".
Berkaitan dengan ini, Ibn Kathir meriwayatkan kenyataan Imam Abu al-Aliyah yang berkata, "Solat mempunyai tiga keistimewaan, dan jika tidak ada ketiga-tiga ini di dalam sesuatu solat, solat itu dianggap tidak berfaedah sama sekali. Keistimewaan-keistimewaan itu ialah ikhlas, khusyuk dan zikrullah".
Tanpa ketiga-tiga ini impak positif solat ke atas karakter dan kehidupan seseorang menjadi minimum, lantas solat yang dilakukan seseorang tidak mampu mencegahnya daripada perkara mungkar dan keji.
Dalam sebuah hadis Nabi bersabda, "Berapa ramai orang yang bersolat sedangkan mereka tidak mendapat apa-apa pun dari solat mereka kecuali penat dan letih sahaja". Hadis ini dilaporkan oleh an-Nasai dan Ibn Majah.

Wednesday, May 4, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)