Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan. (HR Tarmizi)
Sent via BlackBerry from Maxis
Monday, February 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
ASMA UL' HUSNA
Sabda Nabi SAW:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang dalam duka dan runsing lalu membacanya, maka Allah SWT akan menghapuskan duka dan rungsing digantikan dengan kegembiraan"
Sent via BlackBerry from Maxis
Saturday, February 26, 2011
Firman ALLAH
Dalam surah AL - Jathiyah ayat 20: " Quran ini pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini "
Sent via BlackBerry from Maxis
Friday, February 25, 2011
Hadith Nabi
Dari Abu Fatimah Al-Azdiyi atau Al-Asadi R.A menceritakan bahawa Nabi SAW telah bersabda kepadaku: Wahai Abu Fatimah ! Sekiranya kamu ingin untuk bertemu denganku dihari Akhirat kelak, maka perbanyakanlah sujud. (HR Ahmad)
Sent via BlackBerry from Maxis
Hadith Nabi
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Seorang hamba selagi tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutuskan silaturrahim, doanya akan diterima dengan syarat dia tidak ada sifat "gopoh" (bersegera). Ketika ditanya: Ya Rasulullah ! Apakah yang dimaksudkan dengan sifat bersegera itu ? Rasulullah SAW menjawab: Mengenai doanya itu seorang berkata:" Aku telah berdoa, dan berdoa lagi, tetapi aku tidak melihat doaku diterima. Lalu dia berputus asa dan meninggalkan doa. (HR Muslim)
Sent via BlackBerry from Maxis
Hadith Nabi
Dari Aishah R.HA meriwayatkan mengenai sembahyang dua rakaat sebelum Subuh, Rasulullah SAW bersabda: Dua rakaat ini daku lebih sukai daripada dunia dan seisi - isinya. (HR Muslim)
Sent via BlackBerry from Maxis
Thursday, February 24, 2011
Hadith Nabi
Dari Aisyah R.HA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda " Barangsiapa yang istiqamah bersembahyang 12 rakaat, Allah akan membina mahligai untuknya didalam syurga. ( 12 rakaat itu ialah ) : 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak, dan 2 rakaat sebelum Subuh (Hadith Riwayat Nasai)
Sent via BlackBerry from Maxis
Saturday, February 5, 2011
Wednesday, February 2, 2011
Rabbit
Every year when the time is arrived...this will happen...sustained until ?
Sent via BlackBerry from Maxis
Subscribe to:
Comments (Atom)